Tunas Super: Cupcake Girl

Aizatul Aisya

Sinopsis

Aisya peminat tegar cupcake. Pantang disua, matanya pasti bersinar galak dan tidak sabar mahu merasa keenakan cupcake. Ibunya juga turut sama meminati cupcake, sama seperti Aisya. Mereka berdua memilih Kedai Cupcake Bakery sebagai lokasi meluangkan  masa hujung minggu mereka. 

Suatu hari, Aisya dikejutkan dengan berita pemergian ibunya. Aisya sungguh terasa dengan pemergian ibunya. Kini, tiada lagi yang akan berkongsi minat bersama Aisya. Mujur ada Sarah dan Syikin yang sentiasa menjadi peneman. Terubat juga kesedihan hati Aisya.

Disebabkan terlalu rindu dengan ibunya, Aisya mahu menghasilkan cupcake kegemaran ibunya. Dia mengharapkan Kak Siti, pemilik Kedai Cupcake Bakery sudi mengajarnya membuat cupcake. Namun, Aisya dikejutkan pula dengan berita Cupcake Bakery kebakaran kerana litar pintas.

RM 13.00

RM 13.00

ISBN-13:978-967-401-302-8

Hakcipta Terpelihara © Tunas Super

PTS Media Group Sdn Bhd